Sunday, June 21, 2009

http://4trillion4u.blogspot.com/

Friday, January 18, 2008

Apa itu FOREX?

FOREX = FOREIGN EXCHANGE = PERTUKARAN MATA WANG

Kenapa Forex?
Sebenarnya kita hanya mengambil kesempatan MENJANA DUIT @ MEMBUAT KEUNTUNGAN dari kenaikan dan penurunan sesuatu mata wang dunia.

Perbezaan antara Stock Market denan Forex

Forex merupakan "2 way market" dimana kita membuat keuntungan di atas kenaikan atau penurunan sesuatu currency yang dipilih dimana kita membuat "buy position" bila kenaikan currency dan sell position di atas kejatuhan currency tersebut. Transaksi boleh dibuat di mana2 sahaja dengan syarat perlu ada komputer dan internet 24jam bergantung waktu aktif market.

Stock market pula adalah 1 way market dimana kita hanya berada dalam position buy. Bila mata wang jatuh daripada harga yang kita beli menyebabkan kita berada dalam kerugian. Transaksi hanya dibuat pada 8-5ptg sahaja.

Monday, January 14, 2008

Malamat Pemula Kejayaan

Sebagai satu renungan...
Satu petang..ketika membaca satu blog yang amat menarik perhatian.. Memotivasikan diri, memprodukifkan diri...

"Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera. Terima kasih pada rakan-rakan pembaca blog motivasi ini yang rajin menghantar SMS dan email bertanya khabar dan bertanya suasana tempat kerja baru saya, terima kasih. Actually saya di sini sihat dan terus bertugas seperti biasa. Untuk berjaya dalam apa jua yang Anda sedang lakukan,

Anda perlu set MATLAMAT

Matlamat mesti ada jika kejayaan yang menjadi kemahuan Anda.

"Kalau takde matlamat, apa yang jadi?" Tanya si A."Macam nak menembak, tapi tak tahu di mana yang perlu ditembak!" jawab si B.

Benar, tanpa matlamat, Anda takkan ada kemajuan dan takkan pernah terfikir nak maju. Anda cuma berada di situ-situ saja, sedangkan dalam masa yang sama orang di sebelah Anda bertungkus lumus menggali ilmu dan berusaha keras mencapai matlamatnya (sudah tentu hanya dia yang tahu apa matlamat yang dah diset olehnya).Anda akan heran, mengapa dia begitu rajin sehingga Anda merasa perbuatannya sangat bodoh. Dia berpeluh sakan, kerja keras siang malam dan sanggup kurang tidur semata-mata mahu menyiapkan apa yang patut. Anda merasa yang kawan Anda itu memang buang masa serta meletihkan pada pandangan zahir Anda.Masa berlalu. Tidak lama selepas itu, kawan Anda berjaya dan namanya menjadi buah mulut ramai orang disekeliling Anda. Baru kini Anda sedar yang Anda dah jauh ketinggalan! Lalu, terpacul dari mulut Anda "waaa..bertuah sungguh dia!"Bertuah kah dia? Tidak. Mungkin..Tapi, dia tahu apa yang dia mahu capai. Bukan hari ni, tapi dari dulu lagi.Dia juga tahu cara bagaimana dia mahu mencapai impiannya dan berapa lama masa yang diperlukan untuk dia berusaha merealisasikan apa yang menjadi matlamat dirinya.Sedangkan ramai di antara kita masih termanggu-manggu dan masih kabur apa matlmat kita sebenarnya.Tugas Anda hari ni, tanya diri Anda dulu apa matlamat yang Anda Anda capai sebenar-benarnya. Bukan 3, 5, 7 atau 11 matlamat, tapi satu matlamat yang benar-benar mahu Anda capai bulan ini, 3 bulan dari sekarang ini dan 6 bulan dari saat Anda membaca blog motivasi ni.Tiada matlamat, tiada kejayaan dan semestinya, akan tiada motivasi."